Maxxslim 100% bahan semulajadi

Maxxslim 100% bahan semulajadi

Tuesday, August 23, 2016

10 Sebab Pentingnya Detox Untuk Kuruskan Badan & Kesihatan

Pendapat mengatakan detoks penting untuk roses pembersihan usus tapi sebenarnya kita sendiri tidak tahu kenapa detox penting untuk kuruskan badan? Adakah benar kita tak perlukan detoks?
jom kenali apa itu detoks terlebih dahulu.

Sebab Pentingnya Detox atau Proses Pembersihan Usus.

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplemen supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan berkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.
Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi
plag.
Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan
Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan
mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.

Tanda-Tanda Badan Bertoksin

Sebahagian tanda-tanda yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit, keletihan, sakit kepala, mata menjadi kusam, kulit yang bermasalah, berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.
Kelebihan Pembersihan Usus.
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting.
Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.

10 sebab kenapa perlu detox

1. Keluarkan toksin

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.

2. Mengelakkan penyakit kronik

Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..

3. Menguatkan sistem imun

Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.

4. Mengurangkan berat badan

Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.

5. Melambatkan kesan penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam  dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.

6. Meningkatkan kualiti hidup

Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.

7. Tingkatkan tenaga

Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga..

8. Membaiki tahap kesihatan kulit

Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut..

9. Menyihatkan minda dan emosi

Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.

10. Memperbetulkan semula sistem tubuh

Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.

Bagaimana nak singkirkan toksin dalam badan dengan lebih berkesan?

1. Melakukan senaman:

Bersenam dapat membantu melancarkan peredaran darah dan memudahkan kita membuang toksin melalui peluh.

2. Minum air kosong yang banyak:

Air mampu mengurangkan kepekatan darah. Dengan minum air secukupnya dapat membantu melancarkan proses pembuangan toksin melalui urin atau najis.

3. Berurut:

Berurut boleh membantu melancarkan peredaran darah yang mungkin tersumbat.

4. Mengambil makanan semulajadi:

Sesekali anda juga boleh amalkan mengambil makanan seperti yogut, bawang putih, cuka epal, cuka kurma, atau jus lemon untuk mengeluarkan toksin dalam tubuh kita.


5. Detox dengan CMD (pati mineral pekat semulajadi)




CMD ni untuk masalah berat badan,ia bertindak meleraikan lemak dalam badan.
Ia akan keluar melalui air kencing/pembuangan..tapi jangan risau, tak akan ada cirit birit 😊 cuma akan lawas je..

Selain untuk turun berat badan, CMD bagus  untuk masalah kesihatan macam kencing manis,darah tinggi,gout,sakit sendi,senggugut yang teruk,betulkan period,resdung,allergik,masalah jerawat,luka2 kecil..even masalah perempuan seperti keputihan pun dapat diselesaikan..
CMD byk kebaikan sebab ia adalah mknan untuk sel 😊

kini CMD terbaru dengan tambahan Vit D : CMD-hydro D

APA BEZA CMD & CMD HYDRO-D?
.
Di sini saya nak bagi tahu kedua-dua ini produk keluaran Revell yang mempunyai fungsi yang sama tapi CMD Hydro-D ni dalam dia ada tambahan vitamin D, sebab itu dinamakan CMD Hydro-D.
.
Apa Khasiat Vitamin D? 
CMD + VITAMIN D = HYDRO D
..
Vitamin D merupakan vitamin yang amat kita perlukan kerana ia memberikan banyak kebaikan dan khasiat kepada kita. Tahu kenapa Vitamin D tu penting untuk kesihatan kita?
✅Membantu menguatkan tulang
✅Membantu menyerapkan kalsium ke dalam tulang
✅Vitamin D + calcium membantu mengelakkan tulang rapuh dan retak
✅Mengurangkan risiko kencing manis ✅Mengurangkan risiko multiple sclerosis
✅Mengurangkan kemurungan.
✅Kajian menunjukkan bahawa org yg mempunyai masalah berat berlebihan mempunyai tahap Vitamin D yg rendah.
✅Mengurangkan risiko penyakit jantung
✅Mengurangkan risiko kanser

Apa yg menyebabkan anda kurang Vitamin D?
= Umur 50 tahun keatas
= Mempunyai berat badan berlebihan
= Alah kepada susu dan lactose
= Mempunyai penyakit hati dan pencernaan